Bisnes Jual Topup Terbaik

Dikemaskini pada 10/03/2018


PENGENALAN & INTRO

Q: Siapakah EasyBuyTopup? dan boleh dipercayaikah?

A: EasyBuyTopup merupakan sistem server yang dikendalikan sepenuhnya di bawah syarikat Easy Faz Services (002769204-D). Sebelum ini dikenali sebagai FazTopup dengan menawarkan pakej dealer dan agen daripada syarikat server topup lain sejak tahun 2014. Sepanjang tempoh Nov 2014- Feb 2018, seramai lebih kurang 2,160 orang telah berdaftar dengan kami (melalui FazTopup).


Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?

A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.


Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup dibayar?

A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Celcom 4%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.60 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai (dalam tangan) adalah sebanyak RM0.40. Rujuk Keuntungan Master, Dealer dan Agen disini.


Q: Adakah server beroperasi 24 jam?

A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.



PAKEJ YANG DITAWARKAN

Q: Apakah pakej yang ditawarkan oleh EasyBuyTopup?

A: Kami menawarkan tiga (3) pakej iaitu Pakej Master, Pakej Dealer dan Pakej Agen dengan yuran pendaftaran yang sangat RENDAH. Setiap pakej yang ditawarkan, kami memberikan modal percuma.


Q: Apakah perbezaan antara pakej master, pakej dealer dan pakej agen?

A: Perbezaan utama adalah keuntungan (profit) bagi pakej master adalah lebih tinggi berbanding pakej dealer. Keuntungan (profit) bagi pakej dealer pula adalah lebih tinggi dari pakej agen. Sila rujuk Produk & Keuntungan terkini disini. Selain itu, terdapat kelebihan lain yang ada pada setiap pakej. Sila rujuk Pakej Pendaftaran disini.


Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?

A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan dan tiada lain-lain caj.



PENDAFTARAN PAKEJ MASTER, DEALER DAN AGEN

Q: Bagaimana cara untuk mendaftar?

A: Untuk mendaftar, mudah sahaja. Ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pilih pakej yang ditawarkan sama ada pakej agen ataupun pakej dealer. Sila lihat pakej disini.

Langkah 2: Buat bayaran pendaftaran ke admin EasyBuyTopup. Sila rujuk akaun bank disini. 

Langkah 3: Hantarkan maklumat pendaftaran kepada admin EasyBuyTopup. Rujuk caranya disini.



PANDUAN PENTING UNTUK MASTER, DEALER DAN AGEN

Q: Bagaimana cara untuk tambah modal?

A: Tambah modal boleh dilakukan pada setiap hari 24 jam tetapi syarikat EASY FAZ SERVICES akan memproses dari jam 9.30am sehingga 9.30pm. Modal anda akan diproses dan dimasukkan dalam tempoh 2 jam mengikut slot. Caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1: Bank in modal anda ke akaun syarikat Easy Faz Services. Sila rujuk nombor akaunnya disini. 

Langkah 2: Submit/claim tambah modal ke No.Server Gateway seperti yang tertera di sidebar sebelah kanan mengikut server. 

Q: Berapakah jumlah minima untuk tambah modal?

A: Minima untuk tambah modal terus kepada akaun EASY FAZ SERVICES ialah RM101. Anda digalakkan untuk tambah modal dengan amaun yang unik/istimewa seperti RM101, RM167 atau RM110, RM170 dan sebagainya.


Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?

A: Anda boleh menjual topup melalui 3 cara iaitu secara Web Jualan, Aplikasi SRS MOBILE dan SMS. Cara-caranya Sila rujuk disini.


Q: Baagaimana cara untuk bayar bil?

A: Untuk membayar bil-bil utiliti, pastikan anda semak beberapa perkara penting iaitu:

1. Pastikan sebelum membayar bil, hendaklah TIDAK melepasi tarikh "due date".

2. Bayar bil selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh due date.

3. Bil akan diproses oleh server dalam masa 48jam dan mengambil masa 3 hari untuk syarikat utiliti "update" ke dalam sistem mereka.

4. JANGAN sesekali bayar bil yang telah dipotong (terminate) oleh syarikat utiliti seperti ASTRO kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk disambung semula oleh syarikat utiliti.  

Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?

A: Ya, boleh. Anda hanya perlu tunggu 30 minit selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama ATAU anda boleh topup serta merta tanpa menunggu 30 minit dengan cara topup amaun yang berbeza

Contoh: Topup kali pertama RM10, Topup kali kedua RM5.



PANDUAN UNTUK MASTER DAN DEALER SAHAJA

Q: Bolehkah saya mendaftarkan dealer dan agen di bawah saya?

A: Ya! 

Jika anda memilih pakej Master, anda BOLEH mendaftarkan dealer dibawah anda. Jika anda membilih pakej Dealer, anda BOLEH mendaftarkan agen dibawah anda.


Q: Bagaimana cara untuk saya mendaftarkan dealer dan agen dibawah rangkaian saya?

A: Pihak kami EasyBuyTopup telah menyediakan panduan khusus untuk semua master dan dealer yang berdaftar dengan EasyBuyTopup. Panduan tersebut diberikan semasa proses pendaftaran dilakukan. Klik disini untuk lihat panduan tersebut.


Q: Adakah terdapat caj yang dikenakan setiap kali pendaftaran agen dilakukan?

A: Ya! 

Sistem EasyBuyTopup akan mengenakan caj sebanyak RM5 yang akan ditolak dari modal anda setiap kali pendaftaran agen dilakukan.

Manakala caj sebanyak RM10 akan ditolak dari modal anda untuk pendaftaran dealer.


Q: Berapakah yuran yang perlu saya 'caj'kan kepada bakal prospek dealer dan agen saya?

A: Ianya terpulang kepada anda. Anda boleh tentukannya sendiri. Saya nasihatkan, yuran pendaftaran yang hendak dikenakan mestilah berpatutan dan bersesuaian dengan keuntungan yang anda tawarkan.


Q: Adakah saya akan menerima komisyen setiap kali agen saya menjual topup?

A: YA, anda akan menerima komisyen tersebut yang akan dibayar pada setiap minggu iaitu pada hari Ahad atau Isnin.


Q: Bagaimana komisyen yang saya terima daripada agen setiap kali agen menjual topup dikira?

A: Ianya bergantung kepada jumlah perbezaan keuntungan yang anda tentukan kepada agen. Ianya agak teknikal dan anda perlu rujuk panduan yang telah disediakan. Klik disini untuk lihat panduan tersebut.



ISU DAN MASALAH

Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi menerima SMS 'Failed', mengapa?

A: Ini berlaku kerana kesilapan format sewaktu menghantar SMS ke server. Antara kesilapan tersebut ialah:

Format sebenar ialah seperti berikut: BI*BANK*AMAUN*HHBB*JJMM 

1) Format tarikh salah. Pastikan hanya masukkan dalam bentuk format HHBB sahaja (hari dan bulan). Contohnya jika 21 Januari 2015, taip 2101.

2) Format masa salah.  Masa hendaklah ditaip dalam format 24 jam iaitu JJMM (jam dan minit). Contohnya jika anda bank in pada pukul 3.16 petang, format yang perlu ditaip ialah 1516.

3) Kod bank salah. Kod bank yang sebenar ialah MBB dab CIMB. 

Q: Saya dah tambah modal tetapi terkurang RM101 kerana mesin CDM 'reject' duit, adakah modal saya akan hilang (burn)?

A: Untuk menjawab soalan ini, pihak syarikat EASY FAZ SERVICES dengan tegas telah menyatakan bahawa ianya tidak akan diproses. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini, sila tambah modal lebih dari RM101 (bukan genap-genap RM100.)


Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar submit/claim ke server, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 2 jam, bagaimana?

A: Jika selepas 2 jam, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila hantar submit/claim sekali lagi. Setelah 2 jam (kali kedua) modal tidak masuk juga, anda perlu lakukan tiga (3) perkara berikut:

1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidak menerima SMS. Untuk semak, anda boleh guna web jualan, aplikasi SRS MOBILE dan SMS.

2. Lihat status di web jualan. Login web jualan dan klik bank in. Lihat status adakah terdapat status PENDING atau tidak. Jika tiada, seterusnya...  

3. Sila Whatsapp/SMS masalah anda ke Customer Careline dengan sertakan agen id dan maklumat tambah modal.

Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?

A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula 'cash' atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.


Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup selepas SMS dihantar?

A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, server akan menghantar SMS sama ada transaksi berjaya atau gagal.


Q: Bolehkah saya tambah modal melalui Interbank Giro (IBG) atau Instant Transfer (IBFT) iaitu daripada bank lain ke bank akaun syarikat?

A: Untuk menjawab soalan ini:

1. Interbank Giro (IBG) : TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Ini kerana bank TIDAK memproses pindahan wang IBG secara serta merta. Ia diproses lewat masuk ke akaun syarikat, maka waktu (masa) untuk anda tuntut modal anda tidak 'matching' dengan duit yang masuk ke akaun syarikat. Kebiasaannya caj IBG adalah RM0.11.

2. Instant Transfer (IBFT) : DIBENARKAN kerana bank akan memproses pindahan wang IBFT serta merta ke akaun syarikat. Caj IBFT adalah RM0.53.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan tetapi status transaksi Failed atau Refunded, mengapa?

A: ini terjadi disebabkan beberapa perkara iaitu:

No.Hp pelanggan salah atau tidak cukup. Contohnya,no.hp pelanggan ialah 0123456789 tetapi ditaip terbalik seperti 0123456987 atau tertinggal satu nombor seperti 012346789.

Salah kod telco. Contohnya pelanggan tersebut meminta topup Celcom, oleh itu kodnya 0132546987.C10, tetapi ditaip kod lain misalnya Maxis 0132456789.M10.

Salah amaun nilai. Tidak semua telco boleh topup pada nilai yang dikehendaki seperti RM56, RM42 dan lain-lain. Kebiasaannya nilai topup yang dibenarkan atau dibolehkan ialah RM5-RM10, RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100. Ianya bergantung kepada telco.

Baki tidak mencukupi. Server tidak dapat memproses topup apabila baki tidak mencukupi (insufficient balance).

No.Hp yang sama ditopup dua kali dalam masa 30 minit. Server gagal untuk memproses no.hp yang sama dalam masa 30 minit. Anda perlu tunggu lebih dari 30 minit untuk topup no.hp yang sama untuk kali kedua.

No.Hp tidak wujud atau telah tamat tempoh. Nohp pelanggan telah pun tamat tempoh dan tidak dapat dihubungi kerana pelanggan tidak membuat tambah nilai dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh kredit.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?

A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:

Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal diruangan 'Report Sales' dan 'Search'. Pastikan DN tertera nombor. Jika tidak tertera nombor, berkemungkinan besar topup tidak masuk. 

Langkah  2 :  Jika status 'PENDING', anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi 'REFUNDED' atau 'SUCCESS'. [Dalam kes ini anda perlu tunggu seberapa lama yang mungkin atau hubungi Careline untuk batalkan transaksi tersebut].

Langkah 3 : Sekiranya status 'REFUNDED', ini bermaksud ada kesilapan dalam format SMS (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila hantar sekali lagi ke server dengan format yang betul.

Langkah 4 : Sekiranya status 'SUCCESS', tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara Whatsapp/SMS kepada pihak Customer Careline. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?

A: Tidak! Jika status jualan topup 'SUCCESS', ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda menghantar SMS topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.


Q: Apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya Server Down?

A: Ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti iaitu:

1. Sekiranya anda menggunakan SMS untuk jual topup, pastikan anda JANGAN hantar SMS sekali lagi. Dikhuatiri akan 'Double Topup'.

2. Sebaik-baiknya elakkan menjual topup menggunakan SMS. Adalah lebih baik menggunakan Web dan SRS Mobile supaya tidak berlaku 'Double Topup' dan masalah-masalah lain.

3. Semak transaksi topup yang telah anda lakukan di dalam website sistem setelah server pulih seperti biasa. Pastikan transaksi yang anda lakukan ada atau jika tiada sila tunggu dalam masa 30 minit sebelum membuat transaksi topup sekali lagi,

4. Maklumkan kepada pelanggan anda bahawa sistem topup offline dan mohon tunggu sebentar.

5. Hubungi Careline sekiranya anda mahu Refunded atau Batalkan transaksi tersebut. 

6. Pesanan : Waktu terbaik jual topup adalah waktu ketika Careline beroperasi kerana jika ada masalah, anda boleh hubungi careline terus. Waktu operasi careline adalah antara 9.30am hingga 9.30pm. 

Q: Apa Yang Menyebabkan Server Down?

A: Kebiasaanya server down berpunca daripada kegagalan sambungan talian internet utama ke pusat rangkaian kerangka server. Maka disebabkan itu, server tidak boleh beroperasi secara atas talian kerana ketiadaan talian internet yang tidak berfungsi.



CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Q: Adakah topup dikenakan GST?

A: Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SKMM pada 23 Disember 2015, tiada lagi GST dikenakan sebaliknya GST 6% dipotong daripada kredit pelanggan dan diberikan rebet dalam masa 24 jam.



Q: Saya masih tidak faham, bagaimana bisnes topup secara SMS ini berfungsi. Boleh tolong jelaskan dengan lebih detail?

A: InsyaAllah saya akan cuba terangkan secara detail. Sila hubungi saya sama ada melalui telefon, sms, whatsapp atau emel. Sila klik disini.





Home | Produk & Keuntungan | Pakej | Pendaftaran | Pertanyaan | FAQ
Cara Jual Topup | Cara Tambah Modal | Panduan EasyBuyTopup

www.EasyFazServices.com (c) Hak Cipta Terpelihara 2014-2018 Easy Faz Services (002769204-D)

Notis Penafian!
Ini merupakan laman web rasmi syarikat Easy Faz Services untuk mempromosikan pakej Master, Dealer dan Agen bagi sistem server topup EasyBuyTopup.   Segala angka & anggaran keuntungan yang dipaparkan dalam website ini adalah betul dan sebahagian lagi adalah anggaran, setelah dikira berdasarkan pengalaman dan kebiasaan. Segala bentuk hype dinyatakan di laman web ini mempunyai asas tersendiri dan bukannya alasan yang direka-reka. Ia bukan satu janji manis palsu, tapi ia sebagai menunjukkan betapa besarnya potensi untuk anda mengaut keuntungan lumayan daripada bisnes jual topup. Sila layari laman web sistem server topup iaitu www.EasyBuyTopup.com untuk  melihat  demo sistem.

Bisnes Jual Topup